Hidayatullah dari Banjar
Hidayatullah dari Banjar

Hidayatullah dari Banjar

Sultan Hidayatullah I [1]bin Sultan Rahmatullah adalah Raja III dari Kesultanan Banjar yang memerintah antara tahun 1570-1595. Baginda menggantikan ayahnya Sultan Rahmatullah (Raja II Kesultanan Banjar). Setelah meninggalnya baginda, baginda telah mendapat gelaran anumerta Panembahan Batu Irang atau Sunan Batu Irang, kerana batu-batu yang menutupi makamnya berwarna hitam (bahasa Banjar:(h)irang). Beginda merupakan seorang pemerintah yang selalu memperteguhkan syiar agama Islam di Banjar. Pembangunan Masjid dan langgar (surau) telah banyak didirikan dan berkembang pesat hingga ke seluruh wilayah perkampungan yang terdapat di Banjar. Baginda telah diperisterikan dengan anak Khatib Banun, seorang menteri Kesultanan Banjar yang berasal dari kalangan suku Biaju. Beginda telah dimakamkan di Kompleks Makam Sultan Suriansyah yang terletak di Kelurahan Kuin Utara, Kecamatan Banjarmasin Utara, Kota Banjarmasin.Menurut Buku 323 Sejarah Dinasti Ming (1368-1643), putera-puteri dari Sultan Hidayatullah I berjumlah seramai 31 orang. Putera sulungnya iaitu Pangeran Senapati menggantikannya sebagai Sultan Banjar. Anaknya yang lain seperti Gusti Nurasat telah bernikah dengan Sorang yang bergelar Nanang Sarang, seorang panglima perang dari suku Biaju.[1]Baginda mempunyai 2 orang iaitu: